Total Pageviews

Dec 10, 2014

TWO YEARS A GO

Setelah 2 tahun x berblog, keinginan nk menulis dtg perlahan-lahan.

Alhamdulillah 2 tahun menyepikan diri aku telah dikurniakan sepasang cahaya mata, anugerah Allah yang tak ternilai. penantian selama 6 tahun akhirnya Allah kabulkan stlh mengharungi pelbagai dugaan. Benarlah perjanjian drNYA...apabila kita redha akan sesuatu yang datang menimpa, maka akan adalah satu sinar @ anugerah yang dijanjikan itu. amin. moga aku dpt mendidik anugerah ini dgn didikan agama yg semua ibubapa inginkan.
Amin Ya Rabbal Alamin...

Jun 5, 2012

SuJuD SyuKuR

Dari Abu Bakrah: Apabila Rasulullah s.a.w. menemukan sesuatu yang menggembirakan baginda atau disampaikannya kepada baginda sesuatu berita sukacita, maka baginda melakukan sujud syukur sebagai tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. (HR Abu Daud, Ibnu Majah dan Tirmizi).
Dalam salah satu riwayat dinyatakan bahawa Abdul-Rahman bin Auf melihat Nabi Muhammad Saw. sedang melakukan sujud. Kerana baginda bersujud lama sekali, maka timbullah kebimbangan kepada Abdul-Rahman bin Auf kalau-kalau Rasulullah saw. dalam keadaan'bahaya', mungkin baginda dipanggil Tuhan secara mendadak. Dengan segera Abdul-Rahman bin Auf mendatangi Rasulullah saw. untuk mengetahui keadaan baginda yang sebenarnya.

Sejenak kemudian Rasulullah saw.mengangkat kepalanya, bangun dari sujud dan bertanya kepada Abdul-Rahman bin Auf : " Ada Apa gerangan, wahai Sahabatku, maka anda nampak seperti orang yang bingung ?"

Abdul-Rahman bin Auf menjelaskan kebimbangannya itu, sepertimana yang dinyatakan di atas.

Akhirnya Rasulullah saw.. menyatakan yang maksudnya : " Bahawasanya Jibril datang kepadaku dan berkata : Sukakah engkau : Barangsiapa yang mengucapkan salawat ke atas engkau, maka Allah Swt. akan memberikan salawat kepadanya. Barangsiapa yang memberikan salam kepada engkau,maka Allah akan memberikan salam (pula) kepadanya..Mendengar hal itu, maka saya (Rasulullah) terus melakukan sujud kepada Allah sebagai tanda bersyukur". (HR Ahmad)

Berdasar ke atas Sunnah Nabi itu, maka ianya tidak hairanlah apabila para Sahabat sering melakukan sujud syukur tatkala mereka mendapat nikmat atau memperoleh berita yang menggembirakan. Amalan sujud syukur itu adalah antara manifestasi untuk menyatakan kesyukuran atau terimakasih kepada Allah swt.

Tatacara sujud syukur

Sujud syukur itu  dilakukan secara spontan (seketika) tatkala mendapat nikmat atau menerima berita menggembirakan.
Adapun cara mengerjakan sujud syukur itu tidak berbeza seperytiaman sujud tatkala solat. Hanya syarat-syarat yang diwajibkan dalam mengerjakan soklat, seperti harus mempunyai wuduk (air sembahyang), menghadap qiblat, pakaian yang bersih daripada najis dan lain-lain, itu semua adalah tidak disyaratkan didalam sujud syukur.

Juga tidak disyaratkahn untuk dilakukan ditempat-tempat tertentu seperti masjid/surau, tetapi dibolehkan dilakukan disetiap tempat, asalkan tidak ditempat-tempat yang kotor, seperti tandas dan lain-lain. Boleh ianya dilakukan di tepi jalanan, di pasar, di kebun, di kilang, di tepi pantai, di atas kereta dan sebagainya.

Dalam pada itu, tidak ada bacaan-bacaan yang khusus pada waktu melakukan sujud syukur itu. Menurut penjelasan Jumhur Ulama, cara melakukannya ialah dengan mengucapkan takbir lebih dahulu, kemudian sujud, sesudah itu bagkit dari sujud dan terus memberi salam. Ada juga sebatengah Ulama yang berpendapat bahawa sujud syuklur tidak perlu dimulakan dengan takbir dan disudahkan dengan salam, tetapi ianya cukup dengan bersujud sahaja, kemudian bangikit dan duduk kembali.

Alhamdulillah..

Setinggi-tinggi kesyukuran di atas anugerah yg x ternilai ini.
Syukur Pada Mu Ya Rabbul Izzati....

May 20, 2012

Bertabahlah

Dah lama xmencoret di sini...nasib baik masih ingat lg password..itupun bape kali eror asik kuar reset..tensennn ok!

Mmg diakui setahun kebelakangan ni mood aku hari biru... yg blh aku buat skrg hnyalah bersenyap..monolog dalaman kadang2 lg bagus. tp xblh diamalkan sll bole jd giler!

Hidup pon sume seba xkene.. masih dlm dilema kot. ada suka ada duka, tp lbh bnyk duka kot aku rasa. bialah hny diri sndri je yg memahami. susah nk berkongsi, waktu senang mmg la ribut org menepek ngan kite, bila susah sume lari cerabak menyelamatkan diri...ok im know..who r u..

perubahan terlalu mendadak..sume dh berubah..tp cuma badan je xberubah masih mentain gedebos sbb lagi aku tensen lagi bnyk aku mkn ..apa ada hal. nantak la asal aku kenyang!

boleh kot kalo aku umpakan diri ni mcm katak tesepit kt celah batu. ntah tecepit smpai mati. sbb malas usaha nk lepaskan diri, eh..bukan malas tp bnyk pikir hal org lain. dalam erti kata lain menjaga hati org sekeliling..DONE!...mmg aku dlm situasi itu.

KELIRU???

sedikit demi sedikit aku seakan paham rentak hidup aku. slma ni bkn aku xpaham, tp malas nk memahami sbb apa, sbb aku rela diri ni diperkotak katikkan sbb kecian...ye kecian adalah sbb utama aku jd cmni.

InsyaAllah...

Lama yg baik akan berpihak kpd kebenaran..akan ku tgg saat itu!

ok bai...



Sep 6, 2011

sYaWaL DtG LaGi

Alhamdulillah...
Masih berpeluang merasai nikmat Syawal bersama-sama keluarga tercinta....
~TQ Allah~

Sep 5, 2011

Redha Ilahi...

Assalamualaikum....


Ramdahan berlalu dengan penuh keinsafan dan ketabahan buat aku yg serba serbi kekurangan ini. Aku dapat rasakan Ramadahan kali ini adalah yg paling buruk yg pernah aku alami. MasyaAllah...Dugaan bertimpa timpa buat aku. ujian dariMu aku terima sebaik baiknya. Aku berharap ianya mampu memberi beribu ribu ketabahan kesabaran kekuatan utk aku meneruskan liku-liku kehidupan yg sememangnya sangat mendukacitakan. Allahu Ya Rabbi...aku yakin suara kerdilku mampu Engkau dengar. aku berharap setiap dugaan yg Engkau berikan padaku..Engkau limpahi dgn seribu rahmat yg tak ternilai. pahala barakah yg aku impikan. Semoga Ramadhan kali ini mengajar diriku utk lebih mentaatiMu Ya Allah...dapat mendekatkan diriku padaMu Ya Rabbi...


Kedatangan Syawal juga aku sambut dengan serba serbi sederhana, dengan hanya bertafakur kepada yg Maha Esa. Malam-malamku hny denganmu Ya Rabbi. aku bersyukur dpt menadah tangan padaMu Ya Rabbi. Hanya padaMu tempat aku mengadu. Hanya padaMu aku berserah. Segala yg berlaku atas ketentuanMu. Aku yakin setiap dugaan yg berlaku adalah tanda kasih sayangMu pada ku.










Jul 15, 2011

Pulut Santan vs Ketupat Sotong

Assalamualaikum...
Macam xcaye pulak hari2 saya update blog..kikiki...buang tebiat weiiii...

Sape makan durian sila angkat tangan macam sayeee....hehehe

Ni cerita semalam..masih segar lagiii..

Saya kalau dh teringin sesuatu tue otomatik otak nie akan terus mendesak si suami la kan utk membeli. Tingin sangat nak makan pulut durian + santan mentah. Tp xnak makan sorang2, nak makan ramai2..sbb suami saya kurengg cket pulut durian nie, sejak arwah ayah die xde die jd kurenggg..katanya xleh makan sbb teringat kt arwah sbb arwah suke sgt pulut durian nie...ok xpe saya seorang isteri yg memahami..cewahhh...

Saya nak makan durian, si suami pulak nak makan ketupat sotong, maka jadilah pulut durian vs ketupat sotong, dua2 saya buat selepas balik dari keje n beli bahan2. Gigih la makcik tonggang langgang bersilat kt dapur nun kerana saya ada ajak kwn2 opis sorang dua buat teman saya makan..aci x???kikiki..

Siap pesan kt diorang lagi, korang dtg pas isyak tau, jgn awal sgt, takut xsempat masak, lagipun saya malewww bila diorang dtg awal n tgk sy sedang memasak..kang xpasai2 cancel sbb malewww punye pasal..ekeke..

Meh tengok sedikit gambar yg telah di ambil oleh si suami...

mmg puas hati denga isinya...manis2 pahit gituuu



Sotong yg siap utk dimasak

Ni lah rupenye ketupat sotong versi cek mek kelate..hehe


Antara tetamu kehormat yg hadir



Si Nadia yg kemain suruh org amek gambonye...hehe












Jul 14, 2011

Kebun Kecil Ayah

Assalamualaikum...

Tuan tanah kemain maaalaass nk update blognya...

Tp suke membelek blog org lain...

sukeee baca blog korang (@_@)


Banyakkk sgt cerite tertunggak yg malas nk di tulis, kalo ada org tlg taipkan bestttt..hehe.

Ni cite mgg lepas, saya kan balik kg Perak dan Kelantan..Perak tue tido semalaman je sbb nak anto mak ayah n adik2 yg sudah seminggu berada di Kula Lumpur menguruskan hal study adik yg masuk Poli 2...(shah la xsesabo nak kelik kelate)


Sekejap tue sempta jugaklah sy mengsnapkan gambar2 kebun kecil ayahku..kikiki..

Ni ayah suruh amek gambo, die kejutkan saya tido semata mata nak suruh saya masukkan gambar dalam fb...ooo ayahku tau fb nie taux..maju selangkah pak usop nieh..kekeke..


Jom kita layankan gambar di sekitar kawasan rumah di Kg saya.





Penjaga yg setia...


Buai nie la tmpt istirehat saya


Raya ni dh blh mkn ikan2 nieh..



Sayur petola yg mula menampakkan hasil

Pokok limau kasturi nie paling senang hidup kt kaw nie...keliling umah penuh pokok nie.



'mak' tulang belakang bg ayah sekarang..


Inilah Kolam ikan ayah saya



Pokok besar Yg merimbun 2 adalah pokok asam jawa...bnyk buahnya.


mase nie ayah ngah bebel pokok die hampir nk mati sbb seminggu ditinggalkan


Alhamdulillah...syukur sgt2 hidup ayah kembali ceria dgn ada tempat mengadu dan menjaga makan pakai ayah & adik2....rumah pon kembali berseri..semoga ikatan yg dibina berkekalan hingga ke akhirnya..mesti arwah mak gembira tgk ayah gembira...

MifTaHuL JaMiLaH....

Assalamualaikum...
salam sejahtera...
kepada anda semua moga bahagia...
di hari yg indah lagi mulia..
dipertemuan ini jalinkan kasih mesra...
rapatkanlah ukhuwah ikatan iman..
amalkan sikap terpuji dalam pergaulan..
selawat... dan salam...
utk Rasul Junjungan tercinta..
semoga... segala... mendapat rahmat dari ilahi
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya fattahu Ya Alim
Ya Rahmanhu Ya Rahimm....