Bersiaran lagi di hujung minggu
Apam Beras Ayu
Bahan-bahannya:
A) 1 mangkuk nasi sejuk. 1/2 bj ragi disagat dan ditabur rata pada nasi td. Masukkan dalam bekas bertutup dan biarkan 2 malam hingga menjadi secawan tapai.
B) 500 gm tepung beras
3 cawan air
1 cawan gula pasir
1 mangkuk tapai nasi (daripada A )
C) 2 paket eno (paket biru)
kelapa parut
Cara-cara :
1. Masukkan tepung beras, 1 cwn mangkuk tapai nasi, gula dan air ke dalam 'blender' Kisar sampai hancur dan sebati.
2. Tapis adunan td ke dalam bekas besar bertutup dan gaul rata. Tutup dan perap semalaman. (lebih kurang 6 jam)
3. Seleas 6 jam... Panaskan pengukus. Sediakan acuan apam.
4. Campurkan eno ke dalam adunan. gaul sebati hingga berbuih. Bahagikan adunan kpd warna kegemaran anda. Masukkan 3/4 adunan ke dalam acuan. Kukus 10-15 minit.
5. Keluarkan daripada pengukus dan sedia utk dihidang
*SeLaMaT MenCuBa*
???.....
ReplyDeletehuhhh..ku semangat..kamu buat kueh nih..
hola....mau belajakah??heheh..sonang yooo..
ReplyDeleteayu dahsyatnya ko... aku tengok resepi pun dah rasa complicated. beli kat makcik kuih je la. o mak aih..kagumnye! =) go ayu go!!
ReplyDeleteishhh...huhuhu..xsehebat kamu mar..bt kueh n kek.aku suke je cube2 nie. xjd lain kira... hehehe
ReplyDelete