Total Pageviews

Jun 5, 2012

SuJuD SyuKuR

Dari Abu Bakrah: Apabila Rasulullah s.a.w. menemukan sesuatu yang menggembirakan baginda atau disampaikannya kepada baginda sesuatu berita sukacita, maka baginda melakukan sujud syukur sebagai tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. (HR Abu Daud, Ibnu Majah dan Tirmizi).
Dalam salah satu riwayat dinyatakan bahawa Abdul-Rahman bin Auf melihat Nabi Muhammad Saw. sedang melakukan sujud. Kerana baginda bersujud lama sekali, maka timbullah kebimbangan kepada Abdul-Rahman bin Auf kalau-kalau Rasulullah saw. dalam keadaan'bahaya', mungkin baginda dipanggil Tuhan secara mendadak. Dengan segera Abdul-Rahman bin Auf mendatangi Rasulullah saw. untuk mengetahui keadaan baginda yang sebenarnya.

Sejenak kemudian Rasulullah saw.mengangkat kepalanya, bangun dari sujud dan bertanya kepada Abdul-Rahman bin Auf : " Ada Apa gerangan, wahai Sahabatku, maka anda nampak seperti orang yang bingung ?"

Abdul-Rahman bin Auf menjelaskan kebimbangannya itu, sepertimana yang dinyatakan di atas.

Akhirnya Rasulullah saw.. menyatakan yang maksudnya : " Bahawasanya Jibril datang kepadaku dan berkata : Sukakah engkau : Barangsiapa yang mengucapkan salawat ke atas engkau, maka Allah Swt. akan memberikan salawat kepadanya. Barangsiapa yang memberikan salam kepada engkau,maka Allah akan memberikan salam (pula) kepadanya..Mendengar hal itu, maka saya (Rasulullah) terus melakukan sujud kepada Allah sebagai tanda bersyukur". (HR Ahmad)

Berdasar ke atas Sunnah Nabi itu, maka ianya tidak hairanlah apabila para Sahabat sering melakukan sujud syukur tatkala mereka mendapat nikmat atau memperoleh berita yang menggembirakan. Amalan sujud syukur itu adalah antara manifestasi untuk menyatakan kesyukuran atau terimakasih kepada Allah swt.

Tatacara sujud syukur

Sujud syukur itu  dilakukan secara spontan (seketika) tatkala mendapat nikmat atau menerima berita menggembirakan.
Adapun cara mengerjakan sujud syukur itu tidak berbeza seperytiaman sujud tatkala solat. Hanya syarat-syarat yang diwajibkan dalam mengerjakan soklat, seperti harus mempunyai wuduk (air sembahyang), menghadap qiblat, pakaian yang bersih daripada najis dan lain-lain, itu semua adalah tidak disyaratkan didalam sujud syukur.

Juga tidak disyaratkahn untuk dilakukan ditempat-tempat tertentu seperti masjid/surau, tetapi dibolehkan dilakukan disetiap tempat, asalkan tidak ditempat-tempat yang kotor, seperti tandas dan lain-lain. Boleh ianya dilakukan di tepi jalanan, di pasar, di kebun, di kilang, di tepi pantai, di atas kereta dan sebagainya.

Dalam pada itu, tidak ada bacaan-bacaan yang khusus pada waktu melakukan sujud syukur itu. Menurut penjelasan Jumhur Ulama, cara melakukannya ialah dengan mengucapkan takbir lebih dahulu, kemudian sujud, sesudah itu bagkit dari sujud dan terus memberi salam. Ada juga sebatengah Ulama yang berpendapat bahawa sujud syuklur tidak perlu dimulakan dengan takbir dan disudahkan dengan salam, tetapi ianya cukup dengan bersujud sahaja, kemudian bangikit dan duduk kembali.

Alhamdulillah..

Setinggi-tinggi kesyukuran di atas anugerah yg x ternilai ini.
Syukur Pada Mu Ya Rabbul Izzati....

May 20, 2012

Bertabahlah

Dah lama xmencoret di sini...nasib baik masih ingat lg password..itupun bape kali eror asik kuar reset..tensennn ok!

Mmg diakui setahun kebelakangan ni mood aku hari biru... yg blh aku buat skrg hnyalah bersenyap..monolog dalaman kadang2 lg bagus. tp xblh diamalkan sll bole jd giler!

Hidup pon sume seba xkene.. masih dlm dilema kot. ada suka ada duka, tp lbh bnyk duka kot aku rasa. bialah hny diri sndri je yg memahami. susah nk berkongsi, waktu senang mmg la ribut org menepek ngan kite, bila susah sume lari cerabak menyelamatkan diri...ok im know..who r u..

perubahan terlalu mendadak..sume dh berubah..tp cuma badan je xberubah masih mentain gedebos sbb lagi aku tensen lagi bnyk aku mkn ..apa ada hal. nantak la asal aku kenyang!

boleh kot kalo aku umpakan diri ni mcm katak tesepit kt celah batu. ntah tecepit smpai mati. sbb malas usaha nk lepaskan diri, eh..bukan malas tp bnyk pikir hal org lain. dalam erti kata lain menjaga hati org sekeliling..DONE!...mmg aku dlm situasi itu.

KELIRU???

sedikit demi sedikit aku seakan paham rentak hidup aku. slma ni bkn aku xpaham, tp malas nk memahami sbb apa, sbb aku rela diri ni diperkotak katikkan sbb kecian...ye kecian adalah sbb utama aku jd cmni.

InsyaAllah...

Lama yg baik akan berpihak kpd kebenaran..akan ku tgg saat itu!

ok bai...