Total Pageviews

Apr 29, 2010

Asslamualaikum.....

Pada mereka2 yg membaca post kt blog nih...aku rasa cam xde org yg bc pon..hu3
Dh berabuk, besawang ngan labah2 sume...

Att aku jd xde mood ngan kehidupan aku sekarang ditambah lagi dengan kesibukan yg melampau di rumah mahupun di pejabat.kenapa eh...aku pun susah nk menjawabnya. Kekadang sume 2 perlu diberitahu tetapi ade seturn2nye aku terpaksa rahsiakan dan biarla aku sorang je yg menanggungnya. Malu dan marah mmg sll ade dlm jiwa aku nie, kt luar mmg kwn2 mahupun jiran tetangga akan nampak keceriaan aku nie, sbb aku bkn jenis yg suka menunjuk mimik muka ataupun gimik yg kurang memuaskan pada org lain, i2 bukan aku. aku xsuka org turut sama mendalami masalah aku nie, kalau aku mampu handle aku akan handle sndri, tp kalo aku dh xmampu menahan, hny air mata yg menemani aku. kekadang suami aku yg menjadi mangsa aku. Pada keluarga mmg aku susah nk kongsi coz aku xmau mereka susah hati ataupun terlalu memikirkan masalah aku, Ayah apatah lg, aku xsanggup luahkan pd ayah semata2 nk memuaskan dan melapangkan hati aku nie, biarla aku jd gile sendiri tp aku xmenyusahkan org lain. itu prinsip dan pegangan aku. Dulu ms mak masih ada, aku citekan sume masalah aku pd mak, smpai mak pening memikirkannya, so skg aku xnk ayah pening dgn masalah aku nie, kecian kt ayah. biarla aku kuburkan sendiri demi kepentingan bersama.

Aku redha dengan pemergian mak hampir 5 bln yg lalu, cuma aku terlalu rasa kehilangan yg teramat-amat sgt, xde orang yg dapat menggantikan tmpt mak..sume mmg xlayak bg aku, mak adalah segalanya bg aku. susah senang, mak sentiasa bg semangat pd aku. Mak dan Ayah adalah anugerah Allah yg xterhingga dlm hidup aku.

Tp skg aku kesiankan ayah & adik2, sume mcm hilang kasih sayang. Kehilangan mak mmg membawa impak yg besar dlam kehidupan seharian kami sekeluarga. Adik2 apatah lg, Nasrin ygg thn nie nk ambik SPM, dengan Hafiz yg br masuk darjah 4, Nasrul yg dh kerja tp menjadi anak kesayangan mak..aduhhh...kesiannya meraka. Sedih dan hiba bile memikirkan kereka..Ayah apatah lg, kehilangan seorang isteri yg begitu taat pd suruhan agama dan taat pd suami...itulah mak aku. Jauh nk bersungut waktu susah mahupun senang. Kini semuanya tggl kenaangan terindah yg xmampu dijual beli.

Niat dihati nk mencari seseorang yg bukan pengganti tp sebagai pengubat duka kami sekeluarga, dalam erti kata lain, seorang isteri utk ayah, juga sebagai tempat adik2 serta kami sekeluarga menumpang kasih sayang.aduhh..susahnya nk menyatakan yg xmudah utk kami mencari pengganti mak. penah kami tny pada adik Hafiz, dia ada mengatakan dia xnak mak lain sbbnya takut kena marah, Hafiz seorang budak yg terlalu manja, dan kemanjaannya itu xdpt disandarkan lg pd seorang mak, melainkan ayah yg terlalu menyayangi krn Hafiz adalah harta terakhir yg mak tinggalkan. Kekadang kami kakak2 nie blk kg, adik asik nk memerap dan sll merajuk bile kami xlayan ataupun tertinggi suara. Sedihnya hati apabila ayah xbagi kami blk ke kampung disebabkan tkt Hafiz mengamuk dalam ms yg sama nk mengikut kami pulang semula ke KL.Ya Allah beratnya ujianMu ini.

Adik aku Nasrin yg sekolah berasrama stp 2 mgg akan pulang ke kampung, kesian Nasrin, dulu waktu mak ada, tiap hujung mgg je, mak dan ayah akan melawatnya di asrama, Skrg tidak lg, aku trt terasa kesedihannya krn aku pernah melalui detik2 suka duka sekolah berasrama penuh, dengan menunggu mak & ayah dtg tiap hujung mgg, walau seketika utk melepaskan rindu pd mereka, aku turut meletakkan diri aku pd situasi Nasrin..Aku bangga dengan adik aku sorang ni krn kekuatan Nasrin sgt luar biasa. Susah nk tengok dia mengeluh, apatah lagi menyusahkan keluarga, Alhamdulillah Nasrin merupakan anak yg taat pada Suruhan Agama serta menjadi harapan keluarga kami... Amin... DugaanMu serta KeadilanMu amat hambamu ini syukuri Ya Allah...

Nasrul pulak yg merupakan anak lelaki sulung mmg menjadi pujaan serta anak kesayangan mak. Kesemua adik2 aku yg amat membanggakan hati aku. Susah nk jumpa anak2 lelaki yg xmenyusahkan keluarga, aku mmg hormat pada mereka. Setiap bulan gaji yg sedikit akan dia peruntukan utk mak & ayah. walaupun sedikit tp amat dihargai oleh kedua ibubapa aku. Alhamdulillah Syukur atas nikmatMu Ya Allah

Walaupun mak mak xdpat tgk segala kesudahan hidup anak2 mak, tp yakinla, kami ayah serta adik beradik yang lain senantiasa mendoakan kesejahteraan mak di sana. Doa kami mengiringi seusai kami menunaikan kewajipan terhadap Mu Ya Allah...

Kalau nk diikutkan, terlalu bnyk cerita sedih dari gembira dlm kehidupan aku, Mgkn sbb aku ni jenis yg suka berjiwa2 dalam erti kata lain terlalu sensitif dgn keadaan semasa sehingga memeningkan kepala aku, atau mgkn sbb faktor keturunan ygmana suka 'kecian' kt org lain sehingga mengenepikan kepentingan sendiri..ntahla..mungkin kot.

Bila org xkenal aku, mgkn org akan kata aku nie seorang pelawak, xpun mcm org xde masalah..owhhh..tidak..'don't judge a book by it's cover'..aku nie pny 1001 masalah yg xmampu nk rungkai...Besar sgt harapan aku agar masalah atau kesulitan yg berlaku dalam kehidupan sehari-harian aku ini akan menjadikan aku lebih kuat serta menjadi Hamba yg taat pd Suruhan Agama. Itu doa dan harapan aku apabila aku selesai solat.

Segala Yg baik datangnya dr Allah SWT. Segala kelemahan dtgnya dari diri aku sendiri...
Amin Ya Rabbal Alamin....

2 comments:

  1. kamu memang dilahirkan menjadi seorang yang tabah, aku kagum denganmu

    ReplyDelete
  2. weh,aku baca la blog ko ;p k.long, kuatkan semangat ye!

    ReplyDelete